Setiap Malam Suami Isteri Ini Mimpi Ngeri, Rupanya Mereka Terkena Sihir Pemisah Melalui Perantaraan Cicak

0
276

 

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

Menurut Ibn. Khaldun dalam buku Muqaddimah:-

“Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.”

Mayarakat melayu menggunakan sihir untuk bebrapa tujuan iaitu untuk melindungi diri, mendapatkan kelebihan, mengawal atau memusnahkan musuh, meramal masa hadapan dan alimun.

Percaya ataupun tidak, ilmu sihir masih diamalkan sehingga sekarang dan ada segelintir masyarakat menggunakan sihir sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai.

Baru-baru ini tular di Facebook satu perkongsian yang menceritakan pasangan suami isteris disihir oleh bomoh siam. Menurut perkongsian tersebut, pasangan itu dari Sungai Besi.

Pasangan tersebut menghadapi masalah yang sangat teruk sehingga hampir bercerai namun hubungan mereka berjaya diselamatkan selepas mereka mengetahui punca sebenar kepada semua permasalah yang timbul.

Baca perkongsian tersebut di bawah:-

Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri.

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam.

Kerana sihir makanan di rumah pesakit dikatakan cepat basi.

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar.

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.

Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira.
Kehadiran cicak dikatakan ada kaitan dengan sihir.

Foto: Suara Viral

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan.

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri.

Limau nipis, lada hitam dan garam antara bahan untuk membuang sihir.

Foto: Suara Viral

Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah.

Sumbar: Suara Viral

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here