Wakil Paderi Malaysia Seru Kristian Malaysia Bersyukur Tak Ditindas seperti di China

0
169

 

Jason Leong, penasihat Association of NextGen Christian dalam program forum ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV alHijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’.

Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian. Perlukah saya membuat salib sedemikian besar? Kalau tak perlu dan tak membantu iman saya menjadi lebih teguh, maka tidak perlulah.

Beliau juga mengatakan bahawa lambang salib sememangnya suatu lambang syiar dalam agama Kristian. Namun saiz lambang tersebut tidak langsung berkait rapat dengan tahap keimanan seorang Kristian, dan tiada keperluan menghasilkan lambang salib berskala besar.

Pandangan wakil Kristian tersebut disambut baik oleh wakil ahli panel Muslim, Dato Rashidy Jamil al Rashid.

Saya merasa gembira dan terharu apabila mendengar daripada penganut Kristian sendiri yang merasa tidak sesuai salib sebesar itu dibuat pada bukan premis ibadat.

Dato Rashidy juga menjelaskan bahawa isu penentangan majoriti umat Islam terhadap salib besar yang dipamer pada bangunan di Pulau Pinang, bukanlah kerana ‘salibphobia’, tetapi kerana dilihat usaha penegakan lambang syiar agama Kristian yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan agama dan kaum.

Beliau mengaitkan tindakan ini sama hampir sama seperti penegasan Kristian menggunakan kalimah Allah beberapa tahun sebelum ini.

Komuniti Kristian Malaysia Sebenarnya tiada Pentadbiran Pusat

Apabila ditanya tentang insiden mengedar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang, Jason menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh orang luar negara.

Ia (pengedaran Bible) dilakukan orang luar negeri, bukan oleh gereja Malaysia. Ramai orang Kristian dari luar negeri, kadang – kadang nampak budak – budak Mat Saleh, mereka datang sini cuba membuat usaha pengembangan Kristian. Mereka tak sedari bahawa tindakan mereka melanggar undang – undang.

Jason menegaskan bahawa di Malaysia, menurut undang – undang, penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.

Beliau juga mendedahkan bahawa pentadbiran agama Kristian di Malaysia adalah tidak seragam.

Masalahnya terlalu banyak gereja dan bukan semua gereja di bawah suatu persatuan payung. Banyak gereja bebas. Sukar menjejak siapa yang membuat perbuatan tertentu. Malah ada gereja yang terdiri daripada keseluruhan orang asing. Mereka beroperasi tanpa kebenaran tanpa pengetahuan.

Beliau mencadangkan pihak imigresen untuk memantau kemasukan paderi – paderi Kristian, walaupun menyedari bahawa usaha itu sukar kerana banyak yang masuk ke dalam negara atas tujuan bercuti.

Jaga Keharmonian dan Kedamaian yang Dikecapi Selama Ini

Jason Leong juga menyatakan harapan agar semua pihak dapat bekerjasama mengekalkan keamanan agar tidak terjadi seperti di negara lain, khususnya China.

Untuk komuniti Kristian juga tidak terdapat penindasan seperti mana di China, salib dikeluarkan, dibakar, gereja diruntuhkan. Di Malaysia kita harus bersyukur dan hargai.

Sumber: Fakir Ilmu

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here